Quantcast
Channel: ~ Blog Diari Famili Kami ~
Viewing all articles
Browse latest Browse all 685

Tommy@ Pergi Buat Selamanya

$
0
0
cuti lama...lama jugak sepi blog kesayangan

balik ke kampung beberapa hari
sekali lagi kami kehilangan kucing kesayangan ali iqbal

pagi isnin 23/2/2015 kami sangat terkejut tommy meninggalkan kami
untuk selama-lamanya
masa baru sampai rumah malam tadi dalam 1.30pagi
tommy elok aja berlari-lari kearah kereta mendapatkan kami
buka pintu terus dia masuk dalam rumah
dan lepak dalam bilik, langsung tak menunjukkan dia sakit
dia lepak dalam toilet, mama tegur dia
'tommy kenapa? nafas tercunggap-cunggap?

dia terus keluar dari toilet dan tidur bawah katil hingga kesubuh
subuh bunyi dia bernafas lain macam
macam org tak cukup nafas dan kuat sangat bunyinya
mama terus ambik dia....tak tau nak cakap macamana...tiba-tiba memang dia nampak sakit
situasinya tak seperti malam tadi yg aktif
terus ambik minyak kelapa dara, dan minumkan


makin lama makin teruk bunyi tommy nak bernafas susah
tapi semangatnya kuat, berjalan-jalan kesana kemari mencari tempat yg selesa
sampailah tempat terakhir tommy berhenti, duduk bawah meja makan
nafasnya semakin teruk tercunggap-cunggap
gayanya macam nazak, papa kata 'ma tgk tommy, dia macam nazak'

mama duduk dekat tommy, balut badannya dengan kain
mama cakap dekat tommy
'tommy kenapa? tommy nak pergi ker?
kalau tommy nak pergi, mama relakan....mama halalkan makan dan minum tommy
tapi kesian dekat ali, ali tak sempat tengok tommy
janganlah pergi dulu
selepas habis mama cakap, nafas tommy dekat perut sangat laju berpusar-pusar
naik ke kerongkong, bunyi kuat dari kerongkongnya
nafasnya sekali tarik sahaja, dan tommy pergi buat selama-lamanya

allahuakbar, setiap kematian yg di alami anak-anak bulus ni semuanya berbeza-beza
tommy, kaki , tangan dan telinga langsung tak sejuk
dia mati dalam keadaan yg panas suhu badannya

masih tertanya-tanya 'punca' kenapa tommy pergi
kami tinggalkan dia dalam keadaan sihat


tinggal kenangan...tommy, mama sayang awak....awak budak bijak...suka kutip suttlecock ali iqbal dekat luar, bila ali main badminton tak kutip semula...awaklah kutip bawak masuk rumah :(:(

dengan ana dan elsa yang menumpang kasih dekat tommy semasa hayatnya



Viewing all articles
Browse latest Browse all 685