Quantcast
Channel: ~ Blog Diari Famili Kami ~
Viewing all articles
Browse latest Browse all 636

Anak Bulus

$
0
0

hilang mood bila satu persatu anak-anak bulus mati kena serang anjing
sedih sangat
semakin melampau anjing-anjing liar ni sehingga berani masuk kedalam kawasan rumah kami
sakitnya entah macamanalah anak-anak bulus kena gigit beramai-ramai :(
sedar-sedar satu persatu hilang

yang jumpa mayatnya hanyalah sour dan sweet
hari tu kami ingatkan Soya yang mati digigit anjing
rupa-rupanya itu adalah mayat sour
petang tu tiba-tiba Soya balik ke rumah, syukur sangat Soya masih dipanjangkan umur

yang tinggal:
Prada & Oyi
Dayang
Hitam
Soya

selepas kejadian Sour mati digigit anjing, sebelum raya kami hantar Prada & Oyi balik ke Muar sekejap. Semalam barulah ambik semula budak dua ni...tapi bila kami sampai rumah terasa rumah sunyi, mereka semua tak ada yang sambut kami pulang....selalunya mereka akan sambut kami sambil berlari-lari kearah kami......kami syak ada benda yg tak baik dah berlaku, sah tekaan kami....sweet mati dibelakang sehinggakan ususnya habis terburai....mama kutip dan bungkuskan dia dengan kain, malam td jugak kami tanam.....Mama LV juga hilang.....Oyen juga Hilang :( Kesilapan besar tak hantar sweet dan oyen balik kampung sama ....

kami syak anjing-anjing ni masuk melalui lubang-lubang pagar batu tu...ini memang dah melampau menceroboh masuk kedalam rumah. masih terfikir-fikir jugak macamanalah anjing-anjing tu boleh bolos masuk lalu lubang-lubang tu.....jem otak memikirkannya......



Viewing all articles
Browse latest Browse all 636